Baru Bian
Menteri Kerja Raya, Baru Bian (kiri) melayan warga Kementerian Kerja Raya pada sesi perjumpaan bersama warga kementerian itu di Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK 12 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti segala rancangan dan pembangunan infrastruktur, termasuk cadangan penghapusan tol, seperti yang dikemukakan pada janji 100 hari Pakatan Harapan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, cadangan penghapusan tol oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan adalah satu kemestian yang harus ditunaikan.

“Bagaimanapun kita tidak boleh bertindak dengan keputusan terburu-buru dalam perkara ini (hapus tol) kerana ia akan mengambil sedikit masa supaya perlaksanaannya teratur dan terbaik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas Sesi Perjumpaan bersama Warga Kementerian Kerja Raya hari dan Rumah Terbuka Aidilfitri 2018ini .

Hadir pada majlis Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir.

Tambah beliau, kementeriannya meneliti pembaharuan infrastruktur serta penghapusan tol dalam pelbagai aspek dan cuba sedaya upaya merealisasikan manifesto Pakatan harapan.

Sementara itu, Baru memberitahu, beliau dan timbalan menterinya masih dalam proses belajar, meneliti dan memahami fungsi dan tadbir urus kementerian dan dasar-dasarnya. – MalaysiaGazette