Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Soalan ‘provokasi’ yang dikemukakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menggamatkan suasana ketika soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Ketika sesi soalan tambahan beliau memohon pencerahan daripada Menteri Luar, Datuk Saifudin Abdullah adakah pihaknya akan menghantar ‘armada perang’ di Laut China Selatan untuk menunjukkan kepada China bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang lemah.

“Walaupun kita negara yang kecil tetapi kita bukan lemah tetapi hebat. Adakah kita berhasrat armada-armada perang di Laut China Selatan?,” soalnya.

Menurut Saifudin, kerajaan tidak pernah mempunyai hasrat untuk menghantar kapal perang ke Laut China Selatan dengan sewenang-wenangnya.

“Saya jawab ringkas sahajalah, kita bukan negara yang akan menghantar armada-armada perang kita ‘tak tentu pasal’ ke tempat lain begitu sahaja.

“Kalau Kinabatangan jadi Menteri Pertahanan, risau saya,” katanya. – Malaysia Gazette