KUALA LUMPUR – Aktivis sosial,  Marina Mahathir menggesa penganjur pameran fotografi “Strikes And Strokes” menurunkan gambar potretnya.

Ianya kata anak Perdana Menteri itu, solidariti daripada tindakan penganjur baru-baru ini menurunkan dua gambar dua aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang disifatkannya sebagai diskriminasi.

“Saya minta gambar saya diturunkan kerana solidariti dengan Pang (Pang Khee Teik) dan Nisya (Nisya Ayub).

““Saya sangat berdukacita dengan apa yang berlaku. Inilah bukti diskriminasi apabila orang mengadu LGBT dilayan seperti rakyat kelas kedua,” katanya.

Penurunan potret tersebut terdahulu dipertahankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa dengan hujah mempromosi LGBT bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan.

Penulis novel kontroversi Faisal Tehrani kemudiannya mengkritik Mujahid mengatakan menteri itu sepatutnya menumpukan isu lain yang lebih mustahak.

Pameran bertemakan patriotisme di Pulau Pinang  terdahulunya menampilkan aktivis Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Jalur Gemilang dan arahan penurunan potret mereka itu dilaporkan diarahkan oleh kerajaan Persekutuan.-MalaysiaGazette