Muhammad Khalil Abdul Had
Muhammad Khalil Abdul Had

BATU PAHAT – Kerjasama antara Pas dan UMNO selepas pilihan raya umum lalu bergantung kepada keputusan pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama Pas, kata Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata, setakat ini prinsip Pas kekal berpegang kepada konsep ‘taawum’, iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.

“Kita akan lihat dari semasa ke semasa bukan sahaja dengan UMNO, Pakatan Harapan (PH) pun sama… keperluan untuk membentuk gagasan UMNO-PAS sekarang belum ada…*= ia bergantung kepada Majlis Syura Ulama PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Johor di Kompleks Pas Sungai Tongkang, di sini, hari ini.

Muhammad Khalil mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dalam blognya semalam yang menggesa Pas dan UMNO bersatu dan tidak boleh bersendirian sekiranya mahu memberi keputusan lebih positif pada pilihan raya umum akan datang. – Bernama