Salah sebuah kereeta mewah yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jumlah sitaan wang tunai susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu, kini telah mencecah kira-kira RM1.19 juta.

Menurut sumber, selain itu, terdapat juga sitaan terbaru kenderaan iaitu dua buah kereta, masing-masing sebuah Subaru Impreza dan Toyota Vios serta sebuah motosikal berjenama Honda.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tambahan penyitaan itu.

Katanya, SPRM juga bercadang untuk memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan beliau bahawa dana RM3.5 juta itu dimiliki oleh UMNO. – MalaysiaGazette