TERKINI : Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Terkejut Diheret Kes Najib

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan artikel yang ditulis oleh portal itu berhubung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Beliau ketika ditemui sebelum meninggalkan Kompleks Mahkamah Tinggi di sini hari ini hairan kerana dirinya antara yang disebut dalam prosiding permohonan perintah tegahan (gag order).

“Saya tidak fikir penulisan dan artikel (Sarawak Report) memberikan impak. Saya yakin hakim akan dapat menilai dan menjalankan tugasnya.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bercakap kepada media bagi sebutan tarikh kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur