Tian Ker

KUALA LUMPUR— Ketua Bahagian MCA Kuantan, Datuk Seri Ti Lian Ker yang baharu dilantik menjadi Ahli Dewan Negara hari ini mahu melakukan semak dan imbang kepada kerajaan.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Tian Ker berjanji akan memainkan peranan menegur kerajaan dalam meningkatkan pembangunan negara.

“Kita bukan mencari kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan sebaliknya menegur dan berusaha bersama-sama memperbaiki sebarang kesilapan,” katanya lagi.

Tian Ker adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara buat pertama kali hari ini.

Mereka berempat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini bagi tempoh tiga tahun.

Tiga lagi yang dilantik ialah Siti Fatimah Yahya, 63, yang juga Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Pahang; Sabani Mat, 58, bekas bendahari UMNO Cawangan Arau dan Kamarudin Abdun, 60, yang juga Setiausaha Kerja UMNO Perlis.-MalaysiaGazette