Kebakaran sebuah hospital Taipei berpunca dari tingkat tujuh. foto Agensi

TAIPEI – Seramai tujuh terkorban dan 15 orang cedera selepas sebuah hospital di Taiwan terbakar.

Perdana Menteri, William Lai berkata, Kementerian Kesihatan sedang memantau operasi penyelamat di hospital yang terletak di New Taipei City.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan selepas Subuh.

Kejadian itu bermula dari tingkat 7 bangunan tersebut yang digunakan untuk penjagaan hospis.

Punca kebakaran masih disiasat. – MalaysiaGazette