KUALA LUMPUR – Nadi Putra bukan lagi dimiliki oleh Perbadanan Putrajaya selepas pemilikan 80 peratus kepentingannya dipindahkan kepada sebuah syarikat swasta Disember tahun lalu.

Penjelasan itu dibuat Perbadanan Putrajaya berhubung perkhidmatan bas di kawasan itu.

Perkhidmatan bas awam Nadiputra yang disediakan untuk kemudahan penduduk dan orang awam di sekitar Putrajaya tidak beroperasi sejak beberapa hari lalu selepas pemandu boikot.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mahu masalah perkhidmatan bas itu diselesaikan dan beroperasi semula.

Katanya, pengurusan dan kakitangan Nadi Putra perlu menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku.

Menteri itu turut memberi memberi jaminan tiada kakitangan Nadi putra akan dihentikan susulan tindakan mereka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengurusan syarikat bas tersebut. – MalaysiaGazette