Indonesiia giat membendung kebakaran hutan menjelang Sukan Asia 2018. foto Agensi

JAKARTA – Indonesia bertekad untuk melaksanakan semua langkah yang perlu untuk mencegah kebakaran hutan dan tanah daripada tersebar ke Pulau Sumatera menjelang Sukan Asia yang bermula 18 Ogos ini.

Sukan itu berlangsung di Jakarta dan Palembang.

Penganjuran sukan itu berlangsung semasa musim kemarau.

Menteri Politik, Perundangan dan Keselamatan, Wiranto telah mengadakan pertemuan dengan pegawai terlibat bagi membincangkan langkah-langkah proaktif berikutan peningkatan titik panas.

“”Belajar dari pengalaman kami … dan dengan penyelarasan yang mantap (di antara pihak yang berkepentingan) serta prosedur yang tepat dalam pencegahan, semua wilayah bersedia untuk mengurangkan kemungkinan kebakaran hutan,” katanya.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik mengesan 169 titik panas di Pulau Sumatra pada hari Selasa dengan 47 titik panas di selatan Sumatera sahaja.

Riau juga merekodkan peningkatan di titik panas kepada 90 dari 65 pada hari sebelumnya manakala terdapat 11 kawasan panas di Jambi dan 55 kawasan panas di wilayah Bangka Belitung. – MalaysiaGazette