Gambar satelit menunkukkan aktiviti aktif di Gunung Shindake di Pulau Kuchinoerabujima, Jepun. foto Agensi

TOKYO – Jepun memerintahkan penduduk di Pulau Kuchinoerabujima bersiap-sedia untuk berpindah selepas negara itu meningkatkan tahap amaran gunung berapi hingga ke dua tertinggi pada hari ini.

Tahap amaran itu telah dinaikkan kepada 4 meskipun setakat ini letusan gunung itu belum dikesan.

Agensi Meteorologi Jepun mengatakan bahawa gempa bumi dan pelepasan sulfur telah meningkat pada puncak gunung Shindake di Pulau Kuchinoerabujima, yang terletak kira-kira 1,000 kilometer (621 batu) barat daya .

Gunung itu meletus tiga tahun yang lalu, menyebarkan abu dan asap ribuan meter ke langit dan melepaskan aliran piroklastik yang berbahaya, arus abu dan gas sangat panas hingga ke laut.

Pada masa itu, seluruh penduduk pulau itu dipindahkan tetapi akhirnya kembali semula selepas keadaan reda.

Seramai 100 orang tinggal di sana pada masa itu. – MalaysiaGazette