KUALA LUMPUR – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor telah mula beroperasi pada hari ini.

UTC Selangor bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam.

Kementerian Kewangan berkata, terdapat 20 agensi yang ditempatkan di UTC Selangor iaitu dengan pecahan 10 Agensi Kerajaan Persekutuan, satu agensi negeri, tujuh badan berkanun
dan dua badan bukan berkanun.

Antaranya ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia, Klinik Kesihatan UTC, Kementerian Belia & Sukan – Pusat Belia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jobs Malaysia, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Pusat Maklumat Rakyat, Jabatan Penerangan dan PDRM.

Selain itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tekun Nasional, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji, KWSP (kiosk), Pejabat Mara Selangor, Alumni UiTM dan Majlis Belia Malaysia. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Please lah! When you build the office kindly please take parking into your consideration! Anggerik Mall has no basement, the parking is so limited for those rakyat want to renew passport! Be smart and considerate when you plan something!

    • Well. I’m assuming they thought they were “salvaging” a dying complex hence that particular motivation cancels out any other essential and relevant consideration .

  2. I have done a few transaction at UTC. Parking is not that bad. SACC mall is just a couple of minutes walk. Ample parking there. Unless you expect to park right at the door step, otherwise thera are PKNS basement parking in addition to SACC Mall’s parking.

Comments are closed.