Menteri Kerja Raya, Baru Bian. foto IQBAL BASRI, 01 OGOS 2018
Menteri Kerja Raya, Baru Bian. foto IQBAL BASRI,

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengaku angka yang disebutnya sebelum ini tentang kos pemansuhan tol mencecah RM400 bilion dirujuk daripada kerajaan yang terdahulu.

Beliau berkata, jumlah itu diperolehnya daripada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan dalam masa yang sama mengiyakan dakwaan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua hari ini.

“Ya angka itu (RM400 bilion) dirujuk daripada Pemandu,” katanya di lobi Parlimen.

Beliau dalam masa yang sama tidak menafikan dakwaan Tony bahawa pampasan pemansuhan tol tidak akan mencecah RM400 bilion sebagai salah.

Jumlah itu katanya,i hasil kiraan yang juga seperti dikatakan Tony iaitu mengambil kira keuntungan masa depan dan kos mengambil alih.

“Tidak… Tidak, Saya tidak rasa ia angka yang tidak benar.

“Kalau dia kata begitu mesti ada alasan kukuh. Saya tidak boleh kata ia salah,” tambahnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Selangau itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk menangguhkan langkah menghapuskan tol lebuh raya akan menyebabkan bayaran pampasan melebihi RM400 bilion. -MalaysiaGazette

 

TERKINI : Perlu Nilai Semula Mansuhkan Tol : Tony Pua

Pampasan mansuh tol bukan RM400 bilion, perlu hitung semula – Tony Pua

Hapus tol: Cakap mudah, tapi nak laksana rumit

Najib cadang Tony Pua diberi tugas hapuskan tol

Kerajaan PH akui bukan mudah mansuhkan tol RM400b – Baru Bian