Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2018.
Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL, adalah hospital pakar jantung dan vaskular swasta pertama di rantau ini yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

CVSKL yang dilengkapi 60 katil menyediakan perkhidmatan seperti rawatan kardiologi, pembedahan kardiotoraks dan vaskular, anestesiologi jantung, gastroenterologi, radiologi, nefrologi dan perkhidmatan pemeriksaan.

Menurut Pengerusi dan Pengasas CVSKL, Tan Sri Dr Yahya Awang, hospital itu mempunyai seramai 20 doktor berpengalaman yang bersedia berkhidmat kepada pesakit secara komprehensif.

“Kita tekad untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kelas pertama bagi pesakit jantung dan vascular baik di Malaysia mahu pun di rantau ini.

MGF16082018_TUN M RASMI CVS01
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Pengerusi Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral, Tan Sri Datuk Dr. Yahya Awang (kiri) hadir pada Majlis Pelancaran Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2018.

“Kita akan membantu mengurangkan bebanan hospital kerajaan dengan menyediakan pilihan hospitak swasta bagi pesakit jantung dan vascular,” katanya berucap pada majlis perasmian CVSKL di KL Sentral di sini hari ini.

CVSKL dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Yahya, CVSKL dibina dengan pelaburan kira-kira RM270 juta termasuk pembukaan bangunan, pengubahsuaian, peralatan, modal kerja dan penggabungan pelbagai peralatan sedia ada di HealthScan Malaysia.

Jelas beliau, sejak dibuka pada November tahun lalu, CVSKL telah merawat ribuan pesakit luar dan melakukan lebih daripada 70 prosedur kateterisasi.

Katanya, kedudukan hospital itu yang bersebelahan dengan KL Sentral iaitu hab pengangkutan Kuala Lumpur memudahkan pesakit dan keluarga mereka berurusan. – MalaysiaGazette