Anthony Loke
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Terbukti MCA memerlukan Pas, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang mahu ahli parti itu mengundi calon MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan NegeriĀ  Balakong.

“Ini menunjukkan MCA pun perlukan sokongan Pas,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Semalam, ketika sidang media selepas pengumuman calon Pas PRK DUN Seri Setia, Abdul Hadi mahu semua ahli Pas menyokong calon MCA sebagai simbolik semangat pembangkang.

Anthony dalam pada itu menegaskan, DAP tidak melihat perkara itu sebagai masalah untuk menghadapi MCA di Balakong.

“Terpulanglah hak mereka (Pas)… kita tidak ada masalah hak mereka,” tambahnya.

MCA mengumumkan Ketua Pemuda MCA Cawangan Batu 11 Cheras, Tan Chee Teong sebagai calonnya untuk PRK DUN Balakong manakala DAP pula mencalonkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki.

PRK Balakong akan diadakan pada 8 September selepas kerusi DUN itu kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.-MalaysiaGazette