map
Gambar hiasan: Peta Lautan Pasifik

Fiji- Satu gempa bumi besar berskala 8.2 magnitud melanda Lautan Pasifik berhampiran Fiji dan Tonga pada Ahad.

Bagaimanapun, kedudukannya yang sangat dalam tidak memungkinkan berlakunya sebarang kerosakan, kata Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi 560km di bawah bumi itu mungkin menyebabkan gegaran di permukaan.

“Orang ramai boleh merasai gegaran tersebut tetapi saya tidak rasa ia akan menyebabkan kerosakan atau tsunami,” kata Pakar Geofizik, Jana Pursley menerusi perbualan telefon.

Gempa yang pada mulanya dilaporkan pada skala 8.0 kemudian dinaikkan kepada 8.2 mungkin menyebabkan bencana besar sekiranya tidak berlaku terlalu jauh dari permukaan bumi.- Agensi