Polis Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bagi merekodkan kenyataannya dengan segera berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa yang dibuat pada minggu lalu.
Musa Aman

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang bersembunyi atas alasan mendapatkan rawatan kesihatan difahamkan akan dibawa balik ke Malaysia esok.

Menurut sumber, Musa akan mendarat di Singapura terlebih dahulu sebelum dibawa pulang ke Malaysia sama ada di Terminal Subang atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum itu, difahamkan, Musa berada di London kerana menerima rawatan selepas tidak lagi menjadi Ketua Menteri Sabah mewakili Barisan Nasional dan diambialih oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mewakili Parti Warisan baru-baru ini.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan