Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

TAWAU – Peralihan kuasa perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Parti KeadIlan Rakyat (PKR) adalah soal muafakat yang akan diputuskan dalam Pakatan Harapan.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata perkara itu akan dilaksanakan seperti mana sewaktu pemilihan Tun Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

“Perkara itu (soal peralihan kuasa) perlu dikembalikan kepada Majlis Permuafakatan Pakatan Harapan, dan cuma sebelum ini telah dipersetujui ramai dan rakyat iaitu perdana menteri ketujuh ialah Tun M, manakala perdana menteri kelapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tempoh masa dan ketika sesuai peralihan itu akan dibincangkan pada majlis peringkat presiden,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai Bicara Reformasi di sini, tengah malam tadi.

Menurut Rafizi, peralihan kuasa tersebut akan diselesaikan secara bijak dengan mengambil contoh kebijaksanaan majlis permuafakatan pakatan harapan menggabungkan parti pimpinan Tun M (Bersatu), Anwar (PKR), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Parti Warisan Sabah) yang membawa kemenangan pada pilihan raya umum ke-14.-BERNAMA