TERKINI : MCA dan DAP Satu Lawan Satu – PRK Balakong

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan MCA.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman pukul 10.25 pagi selepas proses penamaan calon yang dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Hari mengundi bagi PRK Balakong ditetapkan pada 8 September ini manakala proses mengundi awal pada 4 September.