Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Aliran trafik beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak tengah hari ini, namun masih terkawal.

Setakat 12 tengah hari, trafik dilaporkan sesak dari Kempas ke Pasir Gudang manakala kawasan lain di selatan lancar dan terkawal di kedua-dua belah utara dan selatan, menurut Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Di utara pula, trafik dilaporkan sesak dari Permatang Pauh menuju Sungai Dua.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur menyebabkan aliran trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terutama dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi .

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan