KUALA LUMPUR – Dagangan harian proprietari (PDT) dan jualan singkat intra hari (IDSS) telah digantung untuk saham Star Media Group.

Tindakan itu dibuat selepas saham kumpulan media itu susut lebih daripada 15 peratus daripada harga rujukan.

Aktiviti PDT dan IDSS akan dibuka semula pada pukul 8.30 pagi esok. – MalaysiaGazette