Ryanss Giggs bersama kekasih baharunya, Kate Greville. Foto Playerswiki

LONDON – Selepas lapan bulan bercerai, Ryan Giggs kini mula menayang kekasih baharunya secara terbuka, lapor The Sun.

Bekas pemain bintang Manchester United itu dilihat bercuti di Itali bersama seorang wanita yang selama ini dirahsiakan identitinya.

Wanita itu yang bekerja sebagai pegawai perhubungan eksekutif dikenali Kate Greville.

Dia yang berusia 33 tahun itu dikaitkan dengan Giggs, 44, selepas bercerai dengan bekas isterinya, Stacey pada Disember lalu.

Ketika di sana, pasangan itu kelihatan gembira serta tenang melalui percutian mereka.

Giggs mempunyai hubungan rapat dengan Kate setelah wanita itu bercerai tiga tahun lalu, selepas 18 bulan bekerja dengannya.

Bekas suami wanita itu, Damian Burke menyalahkan Giggs sebagai punca perceraian mereka.

Giggs membayar harga perceraian dengan Stacey sebanyak 40 juta pound selepas skandalnya dengan model Imogen Thomes dan isteri abangnya, Natasha tersebar.

Mereka menjalin hubungan sulit selama lapan tahun. – MalaysiaGazette