Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 -
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 - "Perumahan Mampu Milik: Satu Keluarga Satu kediaman” di di Glenmarie Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2018.

SHAH ALAM – Menteri Besar, Amirudin Shari berpendirian bahawa Dr Halimah Ali perlu meletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Secara moralnya menurut beliau, Halimah perlu melepaskan jawatan itu selepas bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia atas tiket Pas. 

“Saya lihat morally dia kena step down (letak jawatan),” katanya kepada pemberita pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 bertajuk Perumahan Rumah Mampu Milik: 1 Keluarga 1 Kediaman yang sempurna. 

Terdahulu beliau diminta mengulas desakan Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Syed Badli Syah Syed Osman agar calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia itu meletakkan jawatannya dalam PPAS kerana bertanding menentang Pakatan Harapan kerajaan yang mentadbir Selangor.

Amirudin dalam masa yang sama berkata, kedudukan Halimah juga akan ditentukan dalam masa terdekat. 

“Maklumlah saya pun baharu beberapa hari dalam kerajaan belum ada apa-apa-apa lagi tentang kedudukan sesiapa lagi dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan),” tambahnya. – MalaysiaGazette