Kedutaan Amerika Syarikat d Ankara. foto Agensi

ISTANBUL – Beberapa tembakan dilepaskan dari sebuah kenderaan ke kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Turki, Ankara hari ini.

Tembakan itu terkena kabin keselamatan tetapi tidak menyebabkan kecederaan, menurut laporan CNN.

Serangan ini berlaku di tengah-tengah hubungan dingin antara Ankara dan Washington berhubung perbicaraan ke atas seorang paderi Amerika Syarikat di Turki.

Seorang pegawai polis memberitahu, tembakan itu berlaku sekitar pukul 5 petang (0200 GMT) dan semasa kejadian kedutaan itu ditutup sempena Aidiladha.

Polis sedang mengesan penyerang yang melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna putih.

Dipercayai empat hingga lima tembakan dilepaskan oleh penyerang itu. – MalaysiaGazette