Foto Instagram Fasha Sandha.

KUALA LUPUR – Pelakon, Fasha Sanda meluahkan rasa marah dengan tindakan seorang individu yang memberi komen negatif terhadap pemakaiannya di laman sosialnya semalam.

Fasha, 34, yang turut bengang menjelaskan, dia bekerja ketika memakai baju yang menampakkan dada dan berpenampilan seksi itu di mana dosanya dengan tuhan.

“Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni?

“Terima kasih. Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak tutup komen ke nak buka komen ke nak buat apa pun, awak tak payah sibuk,” tulisnya di Instagram.

Fasha tidak berpuas hati turut memuat naik foto wanita itu yang didakwa menulis komen negatif.

Malah ibu tunggal beranak dua itu mencabar wanita bersemuka dengannya gara-gara wanita itu meletakkan ‘kaki’ di mukanya.

Individu yang menggunakan akaun @Monalizarazali ini meninggalkan komen, mempersoalkan tindakan pelakon itu menutup ruangan komen pada foto seksi tersebut.

Sementara itu, pelakon Mami Jarum ini turut mengingatkan agar tidak ada lagi netizen yang memberi komen negatif dengan niat untuk membuli artis.

“Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nak perhatian, i bagi promosi percuma pada awak. Biar pengikut awak bertambah,” tulisnya. – MalaysiaGazette

 

Fasha dikecam kerana seksi