Permaisuri Sirikit. foto The Nation

BANGKOK – Permaisuri Sirikit menerima rawatan di sebuah hospital di sini selepas mengalami influenza.

Beliau adalah ibu kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, 66.

Sirikit, 86, semakin jarang berada dalam khalayak umum selepas kematian Raja Bhumibol Adulyadej pada tahun 2016.

Beliau dimasukkan ke Hospital Chulalongkorn pada Ahad lalu selepas mengalami demam panas dan batuk. – MalaysiaGazette