Mohamad Fuzi Harun
Seorang suri rumah berusia 51 tahun ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada hari yang sama. - KPN Tan Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan Ketua Polis Daerah Kudat di Sabah didakwa terlibat dalam jenayah salah laku seksual terhadap anggota bawahannya.

Menurutnya, tindakan akan diambil segera kerana beliau mendapati ada beberapa kebenaran berasas di sebalik dakwaan itu.

“Kami setakat ini ada terima surat layang dan aduan daripada banyak pihak. Kita sedang menyiasat. Dia belum dipindahkan daripada tugas semasa (Ketua Polis Daerah Kudat), Kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega 1.0 2018 Peringkat PDRM Memerangi Aedes di ibu pejabat polis di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Fuzi menambah, aduan gangguan seksual daripada pegawai kanan polis negeri Sabah itu melibatkan banyak pihak.

“Banyak aduan dan laporan polis yang diterima daripada orang awam, anggota dan kakitangan polis. Kami melihat dan menyiasat perkara itu secara serius dan akan diambil tindakan tegas dengan segera,” tegasnya lagi.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan terkemuka melaporkan seorang ketua polis daerah di Sabah sedang disiasat dan akan dipindahkan berikutan dakwaan memberi ganggaun seksual ke atas enam polis bertugas dibawahnya dan anggota Sukarelawan (Rela).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Komisioner, Datuk Zamri Yahya dilaporkan berkata ketua polis daerah itu akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Sabah sementara siasatan dijalankan.

Individu itu didakwa telah memberi gangguan seksual dengan memasukkan tangan ke dalam seluar mangsa dan ditakutkan akan menerima layanan teruk sekiranya tidak bekerjasama melayannya.

Tanpa mendedahkan identiti pegawai kanan itu, difahamkan individu itu sudah berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak.- MalaysiaGazette