Kay Longstaff

ZAGREB – Seorang wanita British yang terjatuh dari kapal persiaran Norwegian Star di perairan Croatia ditemui selamat.

Wanita berusia 46 tahun itu diselamatkan selepas 10 jam berada di Lautan Adriatic – 60 batu di luar perairan sekitar tengah malam Sabtu.

Kay Longstaff diselamatkan oleh pengawal pantai dan kemudian dibawa ke hospital.

“Saya bertuah kerana masih bernafas. Saya berada di air selama 10 jam,” kata mangsa.

Norwegian Cruise Line mengesahkan seorang penumpangnya terjatuh semasa kapal berkenaan berlayar dari Vargarola ke Venice.

“Kami gembira penumpang itu terselamat dan dalam keadaan stabil,” katanya. – MalaysiaGazette