Rodrigo Duterte

MANILA – Pembantu Rodrigo Duterte menafikan spekulasi kononnya Presiden Filipina itu sakit dan koma.

“Sudah tentu palsu” – reaksi pembantu Duterte selepas pemimpin pemberontak komunis, Jose Maria Sison menggambarkan Duterte tidak stabil ketika berjalan dan jabat tangan dalam satu acara pada hari Sabtu lalu.

“Laporan terbaharu menyatakan Duterte koma sejak tengah hari dan petang Ahad, 19 Ogos,” katanya Sison menerusi Facebook sambil menyatakan maklumat itu telah disahkan.

Jurucakap Presiden, Harry Roque berkata, Duterte dijadualkan dengan beberapa aktiviti pada hari-hari akan datang, sekaligus menafikan khabar angin itu.

Kesihatan Duterte kerap dijadikan khabar angin sejak beliau menjadi Presiden pada tahun 2016. – MalaysiaGazette