Calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki bergambar bersama poster manifesto pada Majlis Pelancaran Manifesto Calon Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil N.27 Balakong di Bilik Gerakan Pakatan Harapan Balakong, Selangor. foto IQBAL BASRI, 21 OGOS 2018

BALAKONG – Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan manifesto peringkat kawasan itu dengan janji-janji yang n mewakili penduduk setempat.

Menurut calonnya, Wong Siew Ki, isu-isu penduduk menjadi ‘senjata’ utama baginya dalam menarik undi warga Balakong.

Antaranya isu infrastruktur, masalah kesesakan jalan raya dan pusat rekreasi  yangakan digunakan dalam kempen PRK yang berbaki 17 hari lagi.

“Saya akan kerjasama dengan PBT bagi memastikan infrastruktur dapat dipertingkat bagi menyelesaikan masalah tempatan seperti trafik dan masalah air.

“Kita akan naik taraf dan memperindahkan tebing Sungai Balak untuk jadi tempat rekreasi untuk masyarakat bagi membuat aktiviti riadah.

“Kita akan menaik taraf jalan Balakong Batu 11 untuk mengatasi masalah trafik disitu,” jelas Siew Ki dalam pelancaran manifestonya hari ini.

Tidak ketinggalan isu longkang tersumbat yang dihadapi penduduk Taman Indah dan melebarkan jalan persimpangan dari Bandar Tun Hussein Onn ke Lebuh Raya Grand Saga turut menjadi perhatian ahli DAP ini.

“Kita akan buat perbincangan dengan MPKj bagi tujuan itu,” katanya lagi.

Malah aspirasi yang ditinggalkan mendiang Eddie Ng Tien Chee turut akan diteruskan.

“Kita akan menjenamakan semula Pesta Balakong dan menjadikan ia satu program yang mewakili penduduk di sini.

“Kita akan anjurkan lebih banyak lagi program tentang budaya Kampung Baru,” janji Siew Ki. -MalaysiaGazette