Andrew Brunson. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memutuskan untuk bersetuju dengan sebarang tuntutan Turki demi mendapatkan pembebasan paderi Amerika Syarikat yang sedang ditahan negara tersebut.

Trump berkata, beliau beranggapan Amerika Syarikat sudah mempunyai perjanjian dengan Presiden Tayyip Erdogan semasa membantu memujuk Israel membebaskan warga Turki yang ditahan.

Presiden Amerika Syarikat itu menganggap Erdogan akan melepaskan paderi Andrew Brunson, yang kini berdepan dengan menggulingkan Presiden Turki dua tahun lalu.

Trump dan Erdogan bertemu di Brussels pada sidang kemuncak NATO pertengahan bulan Julai bagi membincangkan kes Brunson.

Turki pula telah meminta bantuan Amerika Syarikat untuk memujuk orang Israel untuk melepaskan seorang wanita Turki yang sedang ditahan di Israel.

Sebagai pertukaran Turki akan membebaskan Brunson dan seorang lagi warga Amerika yang ditahan di negara itu.

“Saya mendapatkan rakyatnya semula, saya mengharapkan beliau membebaskan Brunson yang tidak bersalah,” kata Trump.

Pertikaian itu meningkatkan ancaman hubungan Amerika Syarikat dan Turki, sekutu utama NATO yang merancang untuk membeli senjata Rusia.

Israel mengesahkan bahawa Trump telah meminta pembebasan Ebru Ozkan yang telah dibebaskan pada 15 Julai.

Namun, Ankara menafikan pernah bersetuju untuk membebaskan Brunson sebagai balasannya.

Trump berkata: “Saya suka Turki, saya sangat menyukai orang-orang Turki, sehingga saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Presiden, tetapi ia (hubungan) itu tidak boleh  sehala. Ia bukan satu arah untuk Amerika Syarikat”. – MalaysiaGazette