Gambar hiasan

SAN FRANCISCO – Facebook dan Twitter memadamkan kira-kira 300 akaun yang berasal dari Iran dan menemui kandungan yang berkaitan “sifat tidak asli”.

Dua syarikat media sosial itu bertindak selepas mendapat maklumat dari firma siber sekuriti, FireEye Inc. yang berkata, akaun-akaun berkenaan mempromosikan propaganda Iran termasuk perbincangan mengenai anti-Saudi, anti- Israel dan pro-Palestin.

“Kami telah memadam 625 Pages, kumpulan dan akaun yang mengandungi sifat-sifat yang tidak asli (inaunthentic behavior) yang berasal dari Iran dan disasarkan kepada orang ramai yang menggunakan pelbagai perkhidmatan internet di Timur Tengah, Latin Amerika, UK dan AS,” kata ketua dasar siber sekuriti di Facebook, Nathaniel Gleicher dalam hantaran di blognya.

Usaha untuk mempengaruhi orang ramai itu menurut FireEye bermula tahun lepas dan berterusan sehingga bulan ini.

“Bagaimanapun, penting untuk diingatkan aktiviti sedemikian bukan direka khusus untuk mempengaruhi pemilihan pertengahan penggal AS 2018 kerana ia melangkaui penduduk dan politik negara ini,” kata FireEye.

Pemadaman akaun tersebut dilakukan beberapa minggu selepas Facebook menutup akaun-akaun dari Rusia kerana mempunyai kandungan sifat tidak asli yang serupa bagaimanapun kandungan di antara akaun di Rusia dan Iran dilihat tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.-Agensi