mof
Sri Mulyani Indrawati.

JAKARTA – Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati meletakkan jawatan daripada pasukan kempen pilihanraya presiden, Joko Widodo dan regunya KH Ma’ruf Amin.

Menurut Ketua Biro Komunikasi dan Perkhidmatan Maklumat, Kementerian Kewangan, Nufransa Wira Sakti, peletakan jawatan Menteri Kewangan itu adalah permintaan Presiden Jokowi sendiri.

“Presiden meminta Sri Mulyani memberi tumpan kepada tugas-tugas negara pada masa ini,” katanya.

Sri Mulyani pada mulanya adalah salah seorang yang tersenarai dalam pasukan kempen Jokowi-Ma’ruf Amin termasuk Naib Presiden Jusuf Kalla dan Ketua Staf Presiden, Jeneral Moeldoko.

Menurut Nufransa, nama-nama tersebut masih bersifat sementara.

Jokowi meminta Sri Mulyani meletak jawatan berikutan persekitaran ekonomi global yang sangat dinamik.

“Pihak pengurusan Bajet Negara (APBN) dan Kewangan Negara memerlukan perhatian penuh Menteri Kewangan,” katanya.

Pada Isnin lalu, Ketua Setiausaha parti yang menyokong Jokowi-Ma’ruf datang ke Suruhanjaya Pilihanraya Umum (KPU) untuk menyerahkan senarai nama pengurusan Pasukan Kempen Kebangsaan.

Selain Sri Mulyani, terdapat beberapa menteri seperti Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Maharani, Menteri Industri, Airlangga Hartato, Setiausaha Kabinet, Pramono Anung dan juga Moeldoko.- MalaysiaGazette