Penjaga gol Liverpool, Loris Karius.

LONDON – Penjaga gol Liverpool, Loris Karius akhirnya terpaksa menerima hakikat khidmatnya di kelab itu tidak panjang apabila akan menyertai kelab Turki, Besiktas secara pinjaman selama dua tahun.

Kehadiran penjaga gol, Alisson Becker dari Roma susulan kesilapan besar Karius pada aksi final Liga Juara-Juara yang menyaksikan Liverpool tewas di tangan Real Madrid, mencetuskan teka-teki berhubung masa depannya di Anfield sebelum ini.

Karius, 25, menyertai Liverpool dari Mainz 05 pada 2016 dengan yuran perpindahan bernilai 4.75 juta pound sterling.

Sky Sports melaporkan, Liverpool akan meminjamkan Karius selama dua tahun dengan memberi pilihan dia boleh dibeli dengan bidaan 9.75 juta pound sterling.

Laporan itu mendakwa perjanjian sudah dipersetujui namun Liverpool masih menunggu sehingga aksi menentang Crystal Palace pada Isnin sebelum perpindahan itu dimuktamadkan.

The Reds juga telah memberikan potongan diskaun sebanyak 20 peratus bagi nilai bidaan itu sekiranya tawaran kontrak itu bersifat tetap. – MalaysiaGazette