Seorang pengamal perubatan Islam disyaki mencabul seorang wanita yang sedang mendapatkan rawatan.

KUACHING – Polis menahan seorang pensyarah  universiti swasta di hadapan sebuah kaunter pos di Jalan Song di sini, pagi semalam dan merampas dadah jenis ganja bernilai RM22,300.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Supt Sahar Abdul Latif  berkata, penahanan pada kira-kira 10 pagi itu dibuat hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

“Ketika diperiksa, tiada dadah dijumpai di badan suspek, polis kemudian memeriksa kenderaan dinaikinya sebelum suspek bertindak menyerahkan sendiri dua ketulan mampat dedaun disyaki ganja,.

“Hasil siasatan lanjut, suspek mendedahkan masih ada bahan disyaki dadah disimpan di  atas siling di sebuah tandas perempuan  IPTS tempat suspek bekerja dan hasil pemeriksaan, polis menemukan tiga lagi ketulan mampat disyaki ganja dalam kotak dan beg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Turut dirampas satu alat penimbang elektronik, satu gulung plastik pembalut dan pisau poket,” katanya.

Beliau berkata suspek berusia 36 tahun yang  positif dadah itu turut mengakui terlibat dengan pengedaran dadah sejak pertengahan tahun ini.

Suspek direman selama tujuh hari mulai semalam untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, katanya. – MalaysiaGazette