Jose Mourinho intai peluang ganti Zidane di Stadium Santiago Bernabeu

LONDON – Baru dua perlawanan Liga Perdana Inggeris bermula, spekulasi melanda mengenai kedudukan pengurus Manchester United, Jose Mourinho, lapor Talks Sport.

Bekas pemain kelab itu, Lee Sharpe secara terbuka meramalkan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane akan menggantikan Mourinho tidak lama lagi.

Sharpe percaya Zidane akan meraih banyak kejayaan gemilang di Old Trafford.

Mourinho menyertai United pada 2016 dan menandatangani kontrak lanjutan pada Januari lalu tetapi masa depannya di Old Trafford kini mulai samar.

Hubungan Mourinho dengan Ed Woodward kembali dingin susulan kekalahan United di tangan Brighton, hujung minggu lalu.

Sharpe yang memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua Piala FA bersama United berkata, Zidane adalah calon sesuai buat United.

Sementara itu, Mourinho yakin dia akan mendapat sokongan penuh daripada lembaga pengarah United walaupun anak buahnya mengalami kekalahan mengejut di tangan Brighton,

United perlu bangkit menebus kekecewaan mereka menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur di gelanggang sendiri, pada Isnin depan. – MalaysiaGazette