Sebahagian siling bumbung dan beberapa palang di Plaza Tol Bukit Raja di Lebuhraya NKVE runtuh dan rosak dalam kejadian ribut kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Sebahagian siling bumbung dan beberapa palang di Plaza Tol Bukit Raja di Lebuhraya NKVE runtuh dan rosak dalam kejadian ribut kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebahagian siling bumbung dan beberapa palang di Plaza Tol Bukit Raja di Lebuhraya NKVE runtuh dan rosak dalam kejadian ribut kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Kejadian itu menyebabkan sisa yang runtuh bertaburan di atas lebuh raya di lokasi berkenaan sehingga menghalang ratusan kenderaan daripada meneruskan perjalanan.

Dipercayai kejadian berlaku di plaza tol berkenaan menghala ke Damansara.

Tinjauan melalui Twitter mendapati pengguna menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan itu buat masa ini.

“Avoid NKVE highway towards the Bukit Raja Toll Plaza. Part of the toll has collapsed. Both sides are stuck.

(Elakkan menggunakan Lebuhraya NKVE melalui plaza tol Bukit Raja, terdapat bahagian di tol yang runtuh. Kedua-dua laluan sesak,” kata @jasonyong_ di Twitter. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan