Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi (MEA) akan menganjurkan Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN) 2018 pada 1 September ini di Kuala Lumpur.

Kongres itu bertujuan menjadi wacana kepada usaha kerajaan untuk menggubal Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang baharu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, KBN juga mengenalpasti fokus bidang pertumbuhan baharu untuk diceburi oleh Bumiputera, di samping menjalin kerjasama strategik pelbagai pihak bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.

Selain usaha menggubal dasar baharu demi menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat, kongres ini juga akan memberi penekanan kepada penerapan nilai-nilai positif, moral danĀ etika serta memberi fokus kepada soal pendidikan dan modal insan, pembentukan strategiĀ dan penciptaan kekayaan.

Kerajaan juga, katanya akan memberi keutamaan terhadap perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk meningkatkan aktiviti dalam rantaian nilai.

Tambah Azmin, kongres ini disasarkan untuk menghasilkan resolusi yang bolehmembantu kerajaan merangka strategi jangka pendek, sederhana dan panjang serta kaedah bagaimana ia boleh dilaksanakan secara berterusan dan konsisten supaya hala tuju Agenda Ekonomi Bumiputera lebih jelas dan berkesan.

Kerajaan turut yakin usaha-usaha baharu ini akan meletakkan keyakinan Bumiputera mampu meneraju ekonomi negara dan secara langsung menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette