{asukan bomba memadamkan kebakaran di bahagian tempat letak kereta dalam kapal Eleftherios Venizelos. foto Reuters

ATHENS – Sebuah kapal penumpang yang sedang berlayar dengan 1,016 orang penumpang terpaksa berpatah balik ke Pelabuhan Piraeus selepas kebakaran berlaku.

Ketika kejadian feri berkenaan dalam perjalanan ke Chania, di Pulau Crete.

Bagaimanapun tiada yang cedera.

Ketika itu, kapal Eleftherios Venizelos membawa 875 penumpang dan 141 anak kapal sedang berada di perairan Pulau Hydra apabila pengawal pantai mengesan bahagian letak kereta terbakar.

Situasi itu tidak menimbulkan panik kerana kapal itu boleh tiba di dermaga Pelabuhan Piraeus dalam masa 10 minit sahaja.- MalaysiaGazette