Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir pada Majlis Tahlil dan Solat Hajat sempena Hari Kemerdekaan Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Inttifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak enggan memberikan sebarang komen mengenai rampasan wang tunai berjumlah RM35.4 juta susulan penahanan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dan tujuh yang lain.

Bekas perdana menteri itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta memberikan maklumat lanjut mengenai rampasan wang tunai terbaru.

“Saya tidak boleh nak komen sebab saya tidak tahu. Itu kena tanya SPRM,” katanya kepada media selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat sempena menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 61 di Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, malam tadi.

SPRM mendakwa rampasan itu berkaitan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Wang tersebut ditemui daripada enam buah kondominium di sekitar Kuala Lumpur dan Cyberjaya, termasuk pejabat suspek yang telah ditahan.

Sehingga kini seramai sembilan orang telah ditahan dan 20 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk tiga orang saksi dari luar negara. -MalaysiaGazette