KUALA LUMPUR – Baru sahaja melahirkan bayi kembar lelaki 5 bulan lalu, Datin Seri Zizie Izette pelakon yang pernah menghiasai kaca televisyen mengumumkan sedang hamil tiga bulan.

Perkara itu didedahkannya menerusi Instagram dengan memuatnaik gambar alat ujian kehamilan yang bertanda dua merah selain gambar percutiannya dengan tiga orang anaknya.

“Gambar keempat akan mengejutkan kamu,” tulisnya pada kapsyen gambar pelakon itu.

Zizi Ezite mengandungZizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada tahun 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan. – MalaysiaGazette