Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Pangsapuri Seri Jati, Ara Damansara, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 02 SEPTEMBER 2018
Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Pangsapuri Seri Jati, Ara Damansara, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 02 SEPTEMBER 2018

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar menafikan beliau menyalahgunakan jentera Kerajaan Negeri Selangor untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

Halimey berkata, sepanjang berkempen, beliau tidak pernah memberi barang apatah lagi wang ringgit kepada pengundi di Dewaan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia untuk meraih sokongan pengundi.

“Saya ini calon bukan ahli Parlimen macam Maria Chin Abdullah, kalau saya bagi memang tak boleh, kalau beliau nak bagi (barang) tidak salah sebab beliau memang ahli Parlimen.

“Saya ingin tegaskan saya menafikan dakwaan salah guna jentera kerajaan,” katanya pada sidang media hariannya di Pangsapuri Seri Jati, Ara Damansara, di sini, hari ini.

Halimey Abu Bakar
Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (tengah) beramah mesra dengan penduduk yang membuat pemeriksaan kesihatan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Pangsapuri Seri Jati, Ara Damansara, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 02 SEPTEMBER 2018

Beliau mengulas kenyataan calon Pas, Dr Halimah Ali semalam yang mendakwanya menggunakan jentera kerajaan negeri untuk berkempen di DUN Seri Setia termasuk memberi barangan kepada pengundi.

Halimey juga menegaskan, ada pihak cuba menimbulkan kekeliruan apabila beliau hadir ke satu program Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Universiti Selangor (Unisel) semalam.

“Saya tidak terlibat dalam pembahagian tugas mahupun berada di atas pentas, contoih program Unisel semalam yang telah diatur Unisel lebih awal lagi, bukan diatur semalam.

“Saya pun tidak berucap di atas pentas malam tadi, kehadiran semalam adalah TPM dan Menteri Besar, saya seharusnya hadir bila kedua-dua pemimpin ini ada, bahkan saya juga bekas ahli majlis kawasan tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette