Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng berkata, wang sejumlah RM16 bilion daripada cukai daripada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tetap hilang sama ada kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai berubah atau sistem akruan.

Menteri Kewangan itu berkata, andaian Datuk Seri Najib Razak bahawa wang sejumlah itu tidak hilan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

“Wang RM16 bilion dari cukai yang tidak dibayar balik sejak lebih 6 tahun sebelum ini, tetap hilang daripada (TBBC) sama ada kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai terubah (modified cash basis) ataupun sistem akruan (accrual) digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Najib semalam yang berkata, Menteri Kewangan tidak memahami kerajaan menggunakan standard perakaunan tunai terubah dan bukan standard perakaunan sebagaimana digunakan di sektor swasta.

Di bawah pentadbiran kerajaan, kata Najib, bagi standard perakaunan tunai, kesemua transaksi kewangan dihitung dan direkodkan apabila ada kemasukan atau pengeluaran tunai bagi tempoh kewangan dilaporkan.

Menurut Najib di bawah amalan itu, aset-aset tidak dijadikan modal dan liabiliti tidak dilaporkan dalam laporan kewangan.

Guan Eng mahu Najib menjawab mengapa beliau membayar balik sejumlah RM16 bilion cukai kepada 1.65 juta pembayar cukai dalam masa yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Katanya, kehilangan wang itu kini di bawah siasatan polis.

Guan Eng telah mendedahkan kerajaan kehilangan wang sejumlah itu selepas mendapati baki kredit yang belum dibayar balik kepada pembakar cukai berjumlah RM16.046 bilion, membabitkan sebanyak1.65 juta individu dan syarikat dihutang sejak lebih enam tahun lalu.

Jumlah kehilangan itu adalah setakat 31 Mei lepas. – MalaysiaGazette