Pemandangan Kolam Biru Tapak River of Life (RoL) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan fasa berikutnya melibatkan Tasik Titiwangsa.

KUALA LUMPUR – Taman Tasik Titiwangsa ditutup sepenuhnya kepada orang awam bermula semalam bagi memberi laluan kepada pembangunan projek River of Life (RoL).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan menjelaskan, pelaksanaan projek RoL itu melibatkan kerja-kerja naik taraf fasiliti dan kemudahan taman demi keselesaan pengunjung pada masa depan.

“Pengunjung tidak perlu khuatir memandangkan DBKL turut menyediakan laluan khas bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti joging di sekeliling kawasan taman.

“Orang ramai yang mengunjungi taman ini dinasihatkan agar berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan itu. – MalaysiaGazette