TERKINI : Nafi Salahguna Jentera Kerajaan – Calon PH

29
0

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar menafikan beliau menyalahgunakan jentera Kerajaan Negeri Selangor untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

Halimey berkata, sepanjang berkempen, beliau tidak pernah memberi barang apatah lagi wang ringgit kepada pengundi di Dewaan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia untuk meraih sokongan pengundi.

“Saya ini calon bukan ahli Parlimen macam Maria Chin Abdullah, kalau saya bagi memang tak boleh, kalau beliau nak bagi (barang) tidak salah sebab beliau memang ahli Parlimen.

“Saya ingin tegaskan saya menafikan dakwaan salah guna jentera kerajaan,” katanya pada sidang media hariannya di Pangsapuri Seri Jati, Ara Damansara, di sini, hari ini.

Tinggalkan Jawapan