Gambar hiasan

PETALING JAYA – Honda Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu jualan model kereta syarikat tersebut.

Pengumuman harga baharu itu diperkenalkan susulan pengenalan semula Cukai Jualan (SST) sebanyak 10 peratus oleh kerajaan Malaysia bermula 1 September ini.

Harga baharu termasum cukai jualan 10 peratus dimasukkan dalam jualan kenderaan Honda.

Kenderaan Honda model Jazz, BR-V, City, Civic, CRV dan Accord ditetapkan harga jualan antara RM70, 242 hingga RM1698,398 seunit.

Harga untuk model Completely Built Unit (CBU) iaitu Odyssey dan Civic Type R pula ditetapkan harga RM258,896 dan RM330,002.

Pelaksanaan baharu SST mempunyai kadar 10 peratus untuk cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan.

Khidmat selepas jualan Honda Malaysia tertakluk kepada cukai perkhidmatan enam peratus untuk caj pekerja penyelenggaraan.

Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata:

“Dengan cukai baharu SST berkuatkuasa 1 September 2018, Honda Malaysia telah menyelaras semula harga untuk model Honda dan khidmat selepas jualan mengikut yang sepatutnya.

“Kami tetap komited dalam menyediakan khidmat pembelian terbaik untuk pelanggan kami dengan kualiti produk dengan teknologi dengan ciri yang unik dan lebih ke hadapan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Honda Malaysia baru baru ini telah mengumumkan kempen ‘Joy of Buying’ bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos lalu dan sambutan ulang tahun penubuhan ke-70 Honda.

Kempen itu bermula 1 September lalu hingga 31 Oktober ini bersasar untuk menawarkan ganjaran kepada pelanggan bertuah Honda yang mengemukakan slogan paling kreatif dengan 7 Honda City, 17 Sony Blu-Ray Home Cinema System, dan 277 barangan cenderamata rasmi Honda untuk dibawa pulang.

Kata dalam kenyataan itu lagi, pelanggan Honda boleh melawat mana mana 96 pengedar bertauliah Honda di seluruh negara atau menghubungi talian percuma di 1-800-88-2020 atau melayari laman web rasmi www.honda.com.my untuk maklumat selanjutnya.- MalaysiaGazette