Ramkarpal Singh
Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR – Ram Karpal Singh hari ini menyatakan rasa terkilan dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terkejut dengan pembebasan Lim Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Mahkamah memerintahkan keputusan itu selepas pihak pendakwa menarik balik pertuduhan itu ke atas pemimpin DAP itu serta ahli perniagaan Phang Li Khoon.

Pengerusi Biro Undang Undang Kebangsaan DAP itu berkata, kenyataan SPRM itu tidak masuk akal setelah Pengarah Bahagian Undang Undang dan Pendakwaannya, Mohd Masri Daud sendiri memaklumkan kepada mahkamah tentang penarikan semula pertuduhan tersebut.

“Saya juga berada di mahkamah pagi tadi dengan peguam lain mewakili kedua dua tertuduh dan tidak ada sebarang tanda ketidakpuasan hati yang dilihat dari Masri atau pasukannya seperti yang didakwa SPRM dalam kenyataan tersebut.

“Keputusan yang dibuat hakim adalah betul membebaskan kedua dua tertuduh Guan Eng dan Li Khoon pagi ini kerana beliau konsisten dengan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun 2015, Pengerusi Eksekutif Kebangsan Feedlot Corporation (NFVC) Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh suami bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan daripada dua tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang kira-kira RM49.7 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamahg bahawa ia tidak mahu meneruskan kes tersebut.

Katanya dalam kes berkenaan, kedua-dua tertuduh telah mengemukakan representasi yang luas dan terperinci kepada Peguam Negara tentang mengapa caj itu patut ditarik balik yang mana telah dipertimbangkan sebelum keputusan hari ini.

Ujar Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, hakim dalam kes Guan Eng telah menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya dengan memerintahkan pembebasan itu.

“Tidak ada sebarang kesilapan yang dilakukan hakim semasa memberikan keputusan itu terutama apabila pendakwa sendiri mengambil keputusan tidak mahu meneruskan kes tersebut.

“Kenyataan SPRM itu jelas menunjukkan Masri tidak sedar langsung akan keputusan Peguam Negara (Tommy Thomas) untuk menarik balik pertuduhan itu.

“Kalau ikutkan benar, tidak ada apa apa yang mengejutkan tentang pembebasan Guan Eng hari ini kerana tida ada seorang pun yang harus ditinggalkan dengan pendakwaan pada masa depan yang mungkin tergantung.

“Malah terdapat petunjuk jelas bahawa pihak pendakwaan ingin menarik balik segala pertuduhan rasuah ke atas Guan Eng dan malang sekali SPRM gagal memahami hakikat itu,” tegasnya.- MalaysiaGazette