TERKINI : “Keputusan PRU14, Punca Majoriti Rendah” – Wong Siew Ki

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong yang baru dipilih Wong Siew Ki berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan majoriti di Pilihan Raya Kecil (PRK) itu rendah.

Menurut beliau, rata-rata rakyat berkata mereka sudah selesa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu dan berkata tidak akan ada perubahan drastik sekiranya mereka tidak turun mengundi.