KUALA LUMPUR – Isteri setiausaha politik seorang menteri hari ini bertindak menyebarkan gambar curang suaminya di khalayak umum.

Menurut satu posting daripada isteri pegawai kerajaan itu di Facebook, beliau memberi amaran kepada wanita-wanita yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan suaminya agar tidak berharap untuk menggantikan tempatnya.

Lebih mengejutkan, posting itu turut disertakan dengan gambar bogel wanita berkenaan bersama suaminya.

“Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua wanita yang ingin mendampingi suami saya. Suami saya tidak berani, tidak mungkin dan tidak akan bercerai dengan saya untuk bersama kamu,” tulis wanita berkenaan.

Lelaki berkenaan berpangkat setiausaha politik terhadap seorang menteri berbangsa India daripada DAP.

Malah wanita berkenaan turut menyediakan agar postingnya ditularkan bagi memberikan peringatan terhadap wanita-wanita yang menggoda suaminya.

“Untuk pengetahuan semua, sepanjang masa kami berkahwin, ramai wanita yang cuba ‘merobohkan’ rumahtangga kami. Saya sudah biasa dengan keadaan sebegini. Wanita sekalian, jangan harap suami saya akan bercerai untuk kamu. Tolong sebarkan mesej ini,” katanya lagi.

Hari ini tiga keping gambar curang lelaki berkenaan tersebar di internet dengan dua daripadanya adalah dengan wanita bogel dan satu daripada gambar itu dengan bosnya. MalaysiaGazette