KUALA LUMPUR- Sejak tiga tahun lalu, aplikaso strim muzik, JOOX telah menyediakan para pendengarnya dengan lagu-lagu hits dan pemegang carta.

Bersempena dengan ulang tahun ketiga mereka itu dan IN Festival : Influencers 2018, JOOX ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert.

Konsert tersebut akan berlangsung pada 22 September ini iaitu Sabtu pukul 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Peminat aplikasi muzik popular ini bakal berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert.

“Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut.

”Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini,” ujar Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX, Angie Tan.

Beliau menambah, ini merupakan cara mereka menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong JOOX selama tiga tahun beroperasi.

“Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat,” katanya.

Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah berkata, JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baru.

Penyanyi berbakat besar ini muncul dengan lagu terbaru bertajuk Layarlah Kembali dan lagu itu telah mendapat respons yang baik di aplikasi JOOX.

Sementara itu, Akim and The Majistret berpendapat aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka.

Ini kerana aplikasi ini berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar.

“Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu mempromosikan muzik kami,” ujar mereka yang popular dengan lagu Potret dan Lagu Untuk Laila.

Sementara itu, peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatkan 1 pas masuk biasa, atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatkan 1 pas masuk VIP ke Tremendous JOOX Live Concert.

Kad VIP boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7-11 (terhad kepada Malaysia Barat), bermula Khamis, 6 September.

Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7-11, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk anda.

Jangan ketinggalan kerana Pas masuk adalah terhad. Jika anda membeli kad melalui JOOX, anda akan menerima mesej pengesahan yang anda perlu tunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk.

Anda juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia (facebook.com/JOOXMY) untuk maklumat lanjut mengenai cara menebus pas masuk anda.

JOOX juga turut menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk JOOX P2P Live, yang membolehkan anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis / VJ kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencers 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV, (di mana pengunjung boleh membuat video mini!) Dan putaran percuma ‘wheel of fortune’ (terma dan syarat dikenakan).

Jangan lupa untuk singgah sebelum konsert bermula mendapat beberapa hadiah percuma atau mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama serta bertemu dengan Social Influencers dari seluruh Asia Tenggara. – MalaysiaGazette